Isnin, 28 September 2009

Langkah pertama~~

Prolog

Intan menyelusuri taman sendirian. Melayan perasaan dan emosinya yang terganggu kebelakangan ini. Mengimbas dan menyingkap satu-persatu peristiwa yang sedang dan telah berlaku terhadapnya. Kenangan bersama dia yang pergi tanpa pamitan tanpa alasan.Sesekali dia menjerit kecil. Kadangkala dia mengeluh. Mujur tidak ramai pengunjung di taman itu petang ini.

 " Satu hari saya akan bawa awak ke rumah saya. Kehadiran awak amat penting bagi menjayakan majlis tersebut. Saya akan dirikan khemah untuk menyambut kedatangan awak. Awak kena datang"

Kata-kata itu yang ku pegang bertahun sebelum dia meninggalkan aku. 'Ah, lelaki mudahnya kau memberi harapan maka semudah itu kau melupakan.' Janji itu yang ku harap berlaku. Dalam doa yang ku panjat padaNya selalu, ku doa yang terbaik untuk kami. Namun, Dia lebih tahu. "Ya, ALLAH, aku bukan melawan takdirMu.Namun aku tak lari dari perasaan kecewa dengan apa yang berlaku."

Terlalu banyak kisah yang telah dihadapi dan diharungi. Namun saat Intan bersedia untuk menerima, saat itu jua dia berlalu pergi. Firuz berlalu dengan alasan tidak mahu mengharap lagi. Tidak mahu bertepuk sebelah tangan lagi.

"Firuz, perlukah untuk saya menyatakan segalanya. Andai madah cinta yang ingin awak dengari, ketahuilah saya tidak mahu membuai dirimu dalam angan. Jika keluar berdua yang awak impikan, ketahuilah saya tidak mahu menjadi alat perosak adam. Kerana itu saya berdiam, kerana itu saya bertahan. Biar keadaan adakala menekan, namun kasih yang tercipta adalah anugerahNya. Maka biar dalam redhaNya jalan cinta kita bertemu."

Pergila Firuz andai itu yang terbaik buat kita. Walau masih ada sayang di hati, telah kuizinkan kau berlalu. Tiada gunanya mengharap lagi. Ku yakin satu hari aku akan bertemu dengan dia yang selalu ada dalam doaku. Barangkali aku khilaf menafsir kisah sehingga aku terluka. Angin bawa pergi lukaku. Bayu puputkan sedihku pada alam agar ku tahu masih ada yang sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan