Sabtu, 3 Oktober 2009

Episod 1

Jam di dinding berkali-kali dipandang. Ilham semakin gelisah. Saat begini terasa ingin sahaja dia mempercepatkan putaran waktu. Dia risau sekiranya dia terlewat dia akan kehilangan gadis itu. Ini peluang pertama dia bertemunya. Setelah berkali-kali dia meminta ingin bertemu empat mata dengan gadis itu namun ada sahaja alasan dia mengelak. Umpama jinak-jinak merpati, dihampiri dia lari. Kali ini, gadis itu menerima. Ilham sendiri terkejut pelawaan kali ini diterima. Entah apa muslihat Intan setuju keluar dengannya. Apa pun sebabnya Ilham tidak peduli. Dirinya sudah tidak sabar bertemu.tepat jam 5 petang, Ilham segera melangkah keluar dari biliknya.

"Encik Ilham, maaf Datuk kata nak jumpa tuan Ilham sekarang. Ada hal penting katanya." Suara Su personal assistantnya menjengah ke telinga saat dia menutup daun pintu. Terasa bagaikan ingin sahaja dia berpura-pura tidak mendengar namun hakikatnya Su sudah berdiri di sebelahnya.

"ya, Encik Ilham, kenapa macam terkejar ni? Datuk dah tunggu kat dalam bilik."
"Su, sekarang ke? You know what, i have important meeting. Why you don't say that to Datuk."
"????, but in my schedule, you are free now Ilham. Is I miss anything?"
Ilham hanya mampu menepuk dahinya seraya menuju ke bilik datuk. Nampaknya, peluang kali ini musnah. Adakah peluang kedua untuknya. Ya Allah, jadikan aku redha. Ilham berdoa dalam hati sebelum mengetuk pintu Datuk Sabqi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan