Isnin, 2 November 2009

Episod 4



Hari ini Intan pulang ke kampung. Panggilan semalam memaksa dia untuk pulang. Ya, khabar dari kampung itu agak mengejutkan. Rupa-rupanya masih ada jurang pemisah walau sedarah daging. " Ya ALLAH, tolong sama saya. Satukanlah hati-hati kami dalam memikul beban dakwahMu"

Keadaan dalam bas pula sangat sejuk. Rasanya baju t-shirt yang dipakai tak mampu menahan kesejukan. Lelaki disebelah Intan seakan memahami masalah Intan lalu menghulurkan sweaternya. Intan tergamam. Sungguh, dia keliru untuk mengambil atau membiarkan. Lalu, dengan berat hati dia mengambil demi menjaga hati lelaki itu.
"sejuk ke?"
"ha?..hurm.. "
"nah.."
"eh, leh ke?"
"gunalah.."

Intan merenung dahulu sweater campuran warna pink + ungu di hadapannya. Dalam hati masih terasa bersalah. Inilah masalahnya. Mulut gatal cakap nak.. Intan melihat dari ekot matanya ke arah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sedang melayan lagu melalui handphone. Dalam ketidakrelaan, Intan memakai sweater itu. Cuma menyarung sekadar tangan dan badan. Hatinya penuh ragu. Dia berdoa supaya destinasinya hampir tiba. Tatkala melihat sahaja signboard Batu Pahat, Intan segera membuka sweater dan memulangkannya. Hakikatnya, mereka berhenti di tempat yang sama.
Turun dari bas, Intan tidak lagi memandang ke belakang, langkah diarah menuju ke bas menuju ke bandar U. Dia terasa bagaikan lelaki itu sedang ketawa melihatnya yang gelabah hanya sehelai sweater...
Aduhai sweater...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan