Sabtu, 17 Oktober 2009

Episod 3



Imbas kembali..

Malam itu, Intan sedang bejalan kaki pulang ke kolej tika pandangan matanya melihat pasangan muda yang sedang memadu kasih. Pada mulanya Intan tidak mengendahkan gelagat yang sememangnya sudah menjadi satu amalan pasangan yang bercinta. Namun langkahnya terhenti, jantungnya berdegup pantas, ada rasa sedih menerpa bila Intan mula sedar siapa gerangan pasangan itu. Pasangan itu cukup dikenali. Hatinya merintih sedih melihat insan yang dahulu gah dengan segala sifat terpuji kini hanyut dalam dunia fantasi sendiri.
"Ya, Allah, kembalikan mujahid itu ke jalanMu. Moga Kau tetap memberi kami, hamba-hambaMu yang lemah ini hidayah dan InayahMu. Ampunilah keterlanjuran kami dalam perbuatan dan kehidupan kami, dalam berlebih-lebih kami dalam urusan kami"
Hati Intan berdoa bersama rasa hiba yang menggunung.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

"Hei!! Awak tak nampak jalan ke? Nak melintas tengoklah kiri kanan. Kalau nak mati pun, bukan jadikan aku pembunuh!"
Keras suara pemandu kereta itu memarahi Intan yang terkhayal seketika. Fazreen segera menarik Intan ke tepi.
"Intan, apasal berangan kat tengah jalan tadi. Nasib baik tak kena langgar. Kena maki jer."
Intan hanya tersenyum pahit.
Mereka meneruskan langkah menuju ke kafetaria yang tidak pernah sunyi dari pelanggan.

"Air limau ais satu, bungkus. Ikat tepi ye."
Pekerja gerai itu hanya mendengar tanpa berkata apa. Fazreen menuju ke tempat Intan sedang duduk. Terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali oleh fazreen sedang berbual-buak dengan Intan. Kehadiran Fazreen menyebabkan lelaki itu pergi.
"Siapa?"
"Pakwe."
"Ha??Yang selama nie letak mana.?"
"Spare-part"
Mereka terus berlawan kata sehingga tiba-tiba pandangan Intan terhenti. Firuz sedang berjalan menuju ke gerai mereka. Intan hanya menoleh sekilas sebelum melayani Fazreen. Dia sedar Hazi masih mencurigainya. Perempuan terlalu sulit untuk difahami. Ya, intan perlu akui itu. Kerana dia adalah kenangan masa silam Firuz. Jadi mengapa tidak Hazi meragui dirinya.

"Intan, dengar tak nie? Asyik berangan je. Penat dah aku bercerita, kau tak bg response pun."
"Erk???"
Intan tersengih sahaja. Gara-gara kamulah Firuz. Lihat saya sudah kena marah. Nampaknya masih ada sayang di hati Intan. Biar luka hatinya tak mampu ditebak oleh mereka yang hanya tahu menghukum.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan