Selasa, 12 Januari 2010

Episod 5

Hari ini merupakan hari pertama Intan outstation di Johor. Intan telah diarahkan oleh ketuanya untuk mempromosi produk mereka di sebuah pasar raya. Pagi itu, selesai sahaja dia meletakkan beg, pengurus jualandi situ, Che An  telah menunjuk ajarnya bagaimana mengambil kad setiap hari. Kerana tidak mengetahui bahawa perlu menyerahkan kad pengenalan ataupun sebarang dokumen lain, Intan terpaksa turun semula. Pada waktu itu, seorang kakakyang menjaga tempat itu. Berdasarkan nama yang dipakai Intan mengetahui namanya Rahmah.




Kali kedua Intan naik, Che An sudah tiada untuk menemani. Intan memberi lesen dan diminta menulis nama di sebuah buku. Pada waktu itu, Intan mula perasan akan kehadiran seseorang lelaki yang turut berada di situ selain kak Rahmah. Namun, Intan tidak mengendahkannya lantaran memikirkan kerja yang akan dilakukan.

Pertama kali dalam hidup Intan menjadi promoter. Mujur ada Farisha dan Aliya bersama-sama untuk menerokai bidang baru yang tidak termasuk dalam kursus mereka selama ini. Mereka sama-sama menyusun barang dan mengemas booth mereka. Lalu memulakan tugasan mereka untuk memanggil pelanggan merasa produk. Kedudukan mereka yang betul-betul di pintu masuk memudahkan untuk meminta orang untuk pergi ke tempat mereka. Ketika ini, Intan dapat merasakan bagaimana perasaan promoter produk selama ini. Nampak mudah tapi sebenarnya menuntut 1001 pengorbanan. Perasaan malu harus dibuang ke tepi. Walau apa berlaku kena senyum. Ya, inilah kehidupan…

Awal Muharam yang baru memulakan lembaran baru nampaknya menyebabkan pasar raya ini menjadi tumpuan ramai untuk mencari bahan dapur. Barangkali jualan kembali ke sekolah memandangkan persekolahan bakal bermula menyebabkan ramai yang menuju ke pasar raya ini.

Hari kedua bertugas, kali ini pemuda yang dilihat semalam pula menjaga tempat itu. Seperti biasa Intan akan memerhatikan nama orang yang bertugas. Lalu, ketahuilah Intan bahawa nama lelaki itu Azman. Gaya Azman yang seolah tidak mahu memandang Intan dan Farisha menyebabkan Intan merasakan bahawa lelaki di hadapannya seorang yang sombong. ‘Kenapa pula mamat sorang nie nak bajet. Cam aku nak pikat dia.huh’ monolog hati Intan semasa menulis nama.

Dan rutin Intan pun berjalan. Hari ini mereka perlu memasak. Barang-barang telah disediakan di rumah En. Arif, orang yang menguruskan mereka sepanjang di Johor. Hari ini pengunjung agak ramai. Mungkin kerana hari ini hari sabtu. Pengunjung dari negara jiran jua bertambah. Sedang leka menjalankan tugas, Intan tiba-tiba menyedari kewujudan Azman di pintu masuk. Intan mengabaiknya. Dia tidak mengenali lelaki itu dan dia tak perlu tahu mengapa lelaki itu berada di situ. Namun, Intan dapat merasakan setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan. Walau Intan cuba beralih tempat, namun dia dapat merasakan mata itu terus memerhatikannya. Saat ini, Intan sudah mula merasakan ketidakselesaan. Intan tidak suka diperhatikan walau dia tahu kerja ini memerlukan dia membuang sifat malu. Tapi bila setiap gerak-geri diperhatikan, Intan jadi rimas. Ingin diluahkan pada Farisha mahupun Aliya, takut pula dia yang dikatakan perasan. Lantas Intan mendiamkan diri. Cuba memujuk diri dengan menganggap itu semua hanya mainan perasaannya biarpun jelas ternyata apabila Intan meninjau keadaan sekeliling, dia memang memandangnya. Malah, dia sangat berani untuk terus menatap wajah Intan biarpun mengetahui Intan sudah menyedari tindakannya.

Saat Intan sedang berada di booth keseorangan, Azman datang menghampiri. Sebelum sempat dia menyusun kata Farisha dan Aliya sudah muncul semula. Intan berlalu kebahagian belakang booth sebelum terdengar Azman menyebut namanya.

“siapa yang nama Intan… Intan mana , intan..”
“farisha mana… cepatlah, mana yang nama Intan nie”

Farisha dan Aliya agak teruja melihat Azman yang seolah ingin mendekati Intan. Barangkali kerana mengetahui status Intan yang masih keseorangan biarpun ramai teman yang sudah berpasangan. Bermula saat itu, Intan, farisha dan Aliya pun seolah menjadi kawan bersama Azman. Bagi Intan, kita masuk ketempat orang, kenalah pandai membawa diri. Dia melayani Azman macam biasa seperti mana dia melayan pekerja yang lain. Dia datang sini untuk bertugas bukan mencari pasangan. Azman pula semakin rajin datang ke booth mereka dan beramah mesra.Dan tanpa diduga, petang itu tatkala menyusun barang, Azman datang kembali ke tempat mereka.

“awak, saya balik dulu yea”
"perlu ke gtaw saya?"
"perlu. awak kan perlu tahu"

Intan terkesima. Nampaknya Azman sudah mula mengatur langkah cuba menjadi seseorang yang perlu Intan fikirkan. Mengingatkan bagaimana setiap gerak-gerinya diperhatikan dan layanan Azman, Intan tahu ada sesuatu yang perlu dia fikirkan. Sebagai perempuan lain, Intan tak mahu membohongi perasaan sendiri. Biarpun hatinya terusik namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Kepenatan bertugas seharian menyebabkan Intan terus mengabaikan.

Hari ketiga bertugas, Azman sudah tidak malu-malu lagi untuk datang ke booth mereka. Kadangkala saat dia mendekati Intan, ada pelanggan datang yang menyebabkan Intan memberhentikan saja perbualan lalu melayani pelanggan. Azman tetap berada di situ memerhati dan mendengar sahaja penerangan Intan terhadap produk. Bila sahaja pelanggan berlalu, dia kembali menyambung pertanyaan.

lama ke kat sini?”
“sampai 27hb jea”
“mana kawan lain?”
“rehat”
"awak tak rehat?”
“dah”
“jom lah kita makan sama”
“???wat pe?”
“date lah”
“Hmm…”

Mujur ada pelanggan datang waktu itu menyebabkan Azman berlalu pergi. Dia kembali ke tempat tugasnya.

“silalah rasa En.. Nak yang mana leh jea ambil”

Aliya sengaja bergurau kepada Azman yang datang ke booth mereka.

“saya nak Intan, boleh?”

Farisha dan Aliya gelak sambil melirik ke arah Intan yang seperti tidak mahu ambil port dalam perbualan mereka.

“haha.. boleh. Intan single lagi.”
“dia baik.”

‘dah mula dah, diorang curah minyak. Lantak koranglah. Malas nak layan’

Intan ke belakang untuk mengisi air.

“wat pe?”
“isi air. Awk nak ape?”
“nak awak.”
“Saya bkn brg awk leh nak sesuka ati.”
“cam tue, bg a no phone”
“wat pe?”
“nak kenal awaklah”
“nnt2lah, lme lg sy kat sinie..27 hb ke..”
“ok, 28hb sy datang umah awak yea melamar.”


Farisha dan Aliya semakin giat mengusik Intan mendengar kata-kata Azman. Malam itu, tatkala Intan ingin mengambil kad tugasannya, didapati kadnya tiada. Kak Rahmah dan azman yang menjaga tempat itu pada waktu itu.

“eh, kak.. mana saya punya kad? Kenape dua jea?”
“mana akak taw, mmg cme ada 2 jea.”
“mn leh kak, sy pulangkan 3, mn leh dpt dua. Nie kwn2 saya punya.”
“btol, wat pe akak nk amik kad awak. Nie awak tgk nie.. takde pun kad awk kat sini”
“kak, saya tahu ada. Janganlah memain kak. Saya nak balik nie.”

Intan sudah kehabisan idea. Kak Rahmah mengambil kembali kad farisha dan Aliya.

“yang nie dh ade yang punya?”
"belum”
“yang ni?
“semua belum..kak, kad saya mane? Cepatlah kak, sy nak blik nie. Sy blum mkn lagi.”
“yang nie plak?” tetiba azman bersuara sambil mengeluarkan lessen Intan dari poket bajunya.

Intan yang tgh blur lagi masih menjawab tidak sebelum menyedari itulah lesennya. Tatkala dia minta, no phone diminta sebagai balasan. Malah Kak Rahmah sangat beria untuk membantu. Meminta Intan mengalah sahaja dan meberi no phone kepada Azman.

Intan-kan dah kate 27 hb.
Azman—lambat sangat.
Kak Rahmah—apa yang 27 hb?
Azman—Dia bagi saya no phone. Nnt 28hb sy dtg bw emak saya untuk melamar dia.
Kak Rahmah—ye ke.. cepatlah bagi Intan. Kalau x, awk balik jealah. Esk jea awk datang amek.
Azman—betul tue, lessen nie pun lessen l. dah mati pulak tue.
Intan—memang a dh mati. Sengaja bg yang tue. Cepatlah, bg blik. Awk nak wat pe ngn lessen saya.?
Azman—nak simpanlah. Nak tgk muka awk. Kita tukarlah. Awk ambil kad saya.

Kak Rahmah hanye gelak mendengar ayat Azman seolah merestui perbuatan Azman. Setelah puas mencuba namun masih Azman jua tak mahu memberikan intan segera berlalu meninggalkan kaunter itu bersama 2 kad kawannya. Azman mengejarnya dan mereka berada dalam lif berdua untuk turun.

Di dalam lif

“ merajuk yea?”

Intan bisu tanpa jawapan. Malas melayani lelaki ini takut dia tersalah haluan.Lesennya disuakan padanya. Intan mengambilnya. Terasa pula lif bergerak lambat sedangkan Azman terus memerhatinya menimbulkan ketidakselesaan kat Intan.

“nie kenape pandang saya je?”
“suka. Suke tengok awak”

Ya Allah, tolong sama saya. Andai ini salah satu dugaanMu, moga saya tak tersalah haluan. Lindungi saya wahai Yang Maha Mengetahui. Saya tidak mahu terjebak dengan mainan hati dan perasaan.. saya tidak mahu menghanyutkan diri dalam dunia khayalan..

"awak...


to be continued................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan