Isnin, 12 April 2010

Episod 6

Sambungan episod lalu


“awak”

“????”

“awak xsuke kat saye ke??”

“perlu ke jawb soalan tue?”

“perlu.”

Intan mengeluh malas. Persoalan itu dibiar tidak berjawab. Bukan mudah menutur sayang. Sayang itu bukan hanya ungkapan namun sayang itu dari hati. Intan tidak mahu azman berharap sedangkan mereka baru sahaja berjumpa. Mungkin ada terselit sayang namunIntan tidak mahu mengungkapnya. Intan tidak mahu terburu sebelum segalanya pasti.


Sampai sahaja ke groundfloor, Intan terus mengatur langkah. Azman masih mengekorinya. Mereka berbual lagi sehingga hampir sampai ke booth Intan. Ketika sampai di rak-rak barang, intan perasan pekerja-pekerja disitu melihat mereka. Intan jadi malu. Intan tidak mahu mereka memikirkan yang bukan-bukan. Kemudian, azman menuju ke arah berlainan. Intan menuju ke booth dan mengambil begnya. Rakan-rakannya sudah menunggu untuk pulang. Melangkah keluar dari pasar raya, azman dan rakannya pula sedang menanti di pintu.

“hati-hati yea”

Dan Intan terus pulang. Di dalam perjalanan Intan disakat oleh kawan-kawannya serta Ketuanya. Intan pura-pura tidak mendengar dan menumpukan pada lagu yang berkumandang. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Ingin diluahkan segalanya tapi tidak tahu bagaimana.

Hanya dengan senyuman Intan membalas. Sudah letih untuk bersuara. Malam itu mereka pergi makan malam di tempat baru. Farisha dan aliya tidak henti-henti menggiat Intan bersama Azman. Malah, memberitahu En. Arif. Intan tidak menghalang jua tidak membalas. Dia tidak mahu memutuskan apa-apa. Walau intan akui, hatinya jua terusik namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tentang prinsip hidupnya. Tentang keluarga tentang masa depan dan sebagainya.


Azman, saya belum mengenali kamu. Saya tak mahu berharap kerana saya takut akan kecewa. Walau saya tertarik dengan response kamu yang setuju untuk bertemu dengan family saya, namun ikhlaskah hati kamu dalam menuturnya? Atau ia hanya sandiwara kamu. Sukar untuk menebak isi hati seseorang. Tuhan, tolong sama saya ya. Saya lemah dalam hal ini. Intan melayani perasaanya sendirian. Bagaimana kalau esok cerita indah hari ini berakhir. Intan tertidur dalam memikirkan hal ini.


Hari keempat. Hari ini Intan tiba lewat sedikit kerana perlu menyediakan bahan mentah di rumah En. Arif. Ketika Intan tiba, Azman sudah menanti di pintu. Menanyakan kelewatannya. Intan hanya membalas dengan senyuman. Tiada mood untuk memanjangkan perbualan. Intan terus menuju ke booth. Sampai di booth, Hazlin menerpanya dan memberitahu sesuatu yang menyebabkan Intan rasa tidak selesa.

“intan, aku tahu tentang rahsia peminat kau.”
“apa dia?”
“aku xleh cakap. Ko banje a aku mkn.”
“malaslah nak layan”
“mesti ko tkejut kalau taw”
“mane ko taw?
“tadi aku g sarapan dengan dia n Zul”
“cepatlah cakap”
“banje.. farisha dh taw”
“apa-apa a ko nie”
“dia x bg aku hebohkan la”
“tapi aku berhak tahu. Ko nk aku kne tipu ke?”
“hm…”
“nnt a kt sambung. Aku rs dia sedang memerhatikan kita”


Perbualan dihentikan kerana Intan tidak mahu Azman menyedari mereka sedang memperkata tentang dia. Farisha tiba seusai sahaja Intan menyediakan booth mereka.

“Intan, ko taw x azman dh kawen. Xtaw a betol ke x. tapi itu yang Hazlin cakap kat aku.”

Intan terkejut. Ada rasa sakit yang hadir pada dirinya. Terasa mahu menjerit dan menangis. Namun Intan harus bertahan. Harus kuat. ‘Ya Allah, ku tahu kerana kasih sayangMu Kau segera menunjukkan aku akan siapa dia. Tolong saya Ya Allah, saya rasa sakit’ Intan bersuara sendirian. Harapannya berkubur. Begitu cepat keindahan semalam berlalu.

Atas dasar profesionalisme, Intan tetap meneruskan kerja. Hatinya membengkak melihatkan Azman yang masih tetap memerhati setiap gerak-gerinya. Kali ini Intan cuba mengelak dari memandang Azman. Intan cuba sedaya-upaya mengawal dirinya agar tidak merisaukan Aliya dan farisha. Dia tidak mahu mereka membimbangkan dirinya.

Tengah hari itu, saat pengunjung tiada azman menghampiri booth mereka. Farisha dan Aliya hanya memerhatikan. Tiada lagi teguran dari mereka. Barangkali geram dengan Azman yang membuat Intan sebegitu.

“awk kenape ari nie?

“knape ape? Saya mcm biasa je”

“tak. Awk tak mcm biasa. Mcm ade Sesutu blaku”

“hm…”

“eh. Ade kuih baru”

“haah. Nk rase?”

“kuih lidah. Pelik jea name. ada yea? Dr lidah buaya ke?"

“oklah lh tue kuih lidah. Dr jd org, lidah bercabang... baik lagi name dia kuih lidah”

“awk knape nie?

“Knape ape?sy mcm biasa jea. Saya msih tgur awk. Sy senyum kat awk. Pe lg?”

Nada Intan hampir berubah. Sungguh Intan sangat sedih tika ini. Ingin dilepaskan pergi sayangnya bukan semudah berkata-kata

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Azman terus merenung Intan. Mengharap Intan menerangkan. Pada hakikatnya Intan tahu Azman sudah mengerti yang Intan sudan tahu status dirinya. Perbualan mereka berakhir apabila kedua-dua tidak mahu mengalah. Azman ingin Intan memberitahu sedangkan Intan ingin Azman yang menerangkan. Hari itu Azman tidak lagi menegurnya selepas perjumpaan itu. Namun Azman stia memerhatikannya. Intan keliru. Adakah dia sudah jatuh cinta terhadap Azman? Intan sendiri tidak pasti. Namun status Azman sekarang sudah cukup kuat unuk Intan kuat berperang dengan rasa sendiri. Intan perlu lepaskan Azman.



Malam itu saat Intan mengambil kad, Farisha menemankan. Farisha tidak mahu Azman menganggu lagi sedangkan Intan berharap dia mahu menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun Intan setuju untuk Farisha menemani kerana tidak mahu Farisha salah faham. Sampai di atas, Kak Rahmah dan Azman sedang duduk di situ. Intan tidak memandang ke arah Azman. Kak Rahmah menegur Intan seperti biasa. Cuba beramah mesra. Intan membalas seperti tiada apa. Nampaknya kak Rahmah tidak dapat menghidu keganjilan malam itu. Intan tidak berani menyelesaikan kes dengan kewujudan Farisha. Intan sangat mengenali Farisha.


Keeseokannya, intan dapati Azman tiada. Barangkali cuti. Sudahlah hari ini Intan memakai baju kurung. Intan pasti kawan-kawan Azman memerhatikannya. Intan jua sedar ada sesuatu yang Farisha dan Aliya perkatakan tentang dirinya. Pasti mereka bimbang tentang dirinya. Perasaan Intan semakin serabut. Intan mengerti mengapa mereka membimbangkannya. Segalanya menganggu fikiran Intan. ‘Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan