Selasa, 3 Januari 2012

Episod 7

Faizin menghisap rokok di tepi pagar sambil memerhati Intan yang sedang menikmati makanan. Sungguh Faizin tidak menyangka akan bertemu semula Intan setelah Intan pergi tanpa meninggalkan pesan satu ketika dahulu. Dan malam ini Intan kembali lagi di hadapan matanya. Namun keadaan sudah berbeza. Dia sudah punya Yaya. Faizin sedar  Intan menyedari tentang Yaya malah tadi ada singgah di telinganya akan perlian Intan. 
'Argh, kenapa mesti kau tetiba hadir Intan...'
Pandangan Faizin singgah pada Yaya yang sedang bersama rakannya yang lain. Dia buntu.. Intan nampaknya tidak mempedulikan dia lagi. Benarkah terlalu keras hati Intan.. Faizin menghela nafas keras.. Terbayang cerita antara mereka. 
Intan yang hadir malam ini kelihatan seperti orang lain. Malah lebih cantik dari kebiasaanya. Faizin akui bahawa sebenarnya Intan mempunyai tarikan sendiri. Dan pandangannya tertancap pada cincin di jari Intan.
" dah, berpunyakah dia?"
"syg, nak pergi mana lepas nie?"
lamunan Faizin terhenti tetiba sebaik Yaya muncul di sebelahnya. Faizin segera mendapatkan Yaya dan mengatur langkah pergi. Namun sempat dia menoleh ke arah Intan sekali lagi, sayangnya Intan tidak menyedari....
*******************
Aku kembali ke sini bukan untuk menuntut janji tanpa lafaz.. bukan juga untuk meminta hak yang bukan ku punya. Ku datang hanya kerana aku. Maafkan aku faizin sekiranya hadirku hanya menimbulkan keresahan pada kau. Walau aku terfikir akan berjumpa dengan kamu di majlisini, namun aku tidak sangka sesampainya sahaja aku sudah terlihat kamu. Aku harus akui aku berpura-pura tidak ingat kisah lalu. Aku harus tersenyum dan ceria supaya tak terlihat ada sinar luka pada diriku. Aku nampak Lee cuba merapatiku untuk mengetahui tentang aku. Tapi aku harus mengendahkan itu semua kerana aku tak mahu ada luka pada Yaya andai ketahuan nanti..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan