Ahad, 12 Februari 2012

Episod 8

Dalam diam, Intan merenung wajah itu... Damai dan tenang hatinya melihat senyuman dan keramahannya. Ya, dia bayangan lelaki idaman, dia bayangan suami impian... Duhai hati, berhentilah berharap kerana dia milik seseorang. Telah diikat janji untuk bersama si hawa itu.. Intan bermonolog dalaman.. Kusut dan gemuruh sekali hatinya..

Rifqi seronok sekali melayan karenah si kecil itu. Intan memerhatikannya. Haruslah jiwa seorang ayah telah dilihatnya. Sesekali mata mereka bertemu tapi cuma berlakon seolah kosong biar hati sedikit bergetar. Rifqi cuba mengawal hatinya. Harus diingat status dirinya.
Imbas kembali pada awal pertemuan tadi, gadis itu kelihatan malu namun cuba mengawal keadaan lalu melayani perbualannya. Sesekali Rifqi mengusik Intan dengan sindiran dan perlian dan dibalas jua Intan bagi mengelakkan kebekuan antara mereka. Kini mereka sedang sama-sama beriadah di waktu petang.

Intan harus pandai membawa diri di rumah Aina. Sedaya-upaya dia melindungi dari Aina mengetahui yang tersirat dihatinya. Intan tak mahu Aina serba salah.' Maaf Aina, aku tak minta perasaan ini tapi entah mengapa Rifqi menggamit hatiku. Mungkin kerana dia adalah lelaki biasa yang kuimpikan.'

Pagi itu, ketika Intan berada di bilik sedang mengemas baju, Rifqi menolak pintu biliknya. Mujur saat itu Intan sudah berpakaian lengkap. jika tidak pasti intan terjerit. Barangkali melalui pintu yang tidak tertutup rapat, Rifqi dapat melihat Intan sudah bertudung menyebabkan dia berani membuat begitu.
"Nanti Aina keluar dengan siapa?"
"dengan Aiman"
"Aiman yang seni tue ke?"
"yups,"
"owh, aku cuma nak pastikan jea. Aku risau sejak kejadian tue"

Intan hanya tersenyum. Dan Rifqi terus melangkah semula ke bilik air untuk mandi.

Intan-- hati mengapa berdetik pada yang berpunya... Mengapa memilih dia yang setia.. mengapa membiar diri menjeruk rasa... Seharusnya kau tahu memilih rijal mana sepatutnya mencambah rasa....

Rifqi-- Kau hadir secara tiba-tiba. Kau hanya gadis biasa. Namun kau ada kelebihan yang kau lindungi. Aku cuma berniat bermesra. Tak kusangka hatiku juga berbicara. Tapi aku sudah terikat. Takkanku lukakan dia yang ku puja selama ini. Aku lelaki setia. Cintaku hanya untuk dia

Pertemuan mereka pun berakhir saat Intan meminta diri untuk pulang. Mungkin jua ini pertemuan terakhir mereka. Intan tak mampu menjawab kerana hatinya sudah berdetik. Maka akan dipersembahkan pada yang Memiliki untuk kesudahan rasa hati ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan