Sabtu, 12 Mei 2012

Tanda hati kita mati

Assalammualaikum...

Dear readers, maaf kalau anda rasa apa yang saya share adalah perkara yang anda sudah tahu.. maaf sekiranya tulisan2 saya selama ini salah satunya adalah hak karya anda... Saya sedang mengcopy dan paste kerana saya tak mahu buang begitu sahaja emel2 saya...

1. Mengaku kenal Allah swt tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw tetapi mengabaikan     sunnah baginda

3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya

4. Memakan nikmat-nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatnya

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.



"Dan Kami tidak mengutus engkau Muhammad kecuali membawa rahmat bagi seluruh alam" (Al-Anbiya' :107)



Sekian, harap maklum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan