Sabtu, 22 September 2012

buat baik berpada-pada????

Assalammualaikum....

Hari nie, saya plan kasi touch up sama saya punya Jonet...a.k.a jawa nya totok a.k.a johor nor technology...
haha....

So, masa touch up same dia, saya pasang radio IKIm, masa tue sesi dengn Dr Muhaya...
So, ada seorang pemanggil telefon dan bertanya Kt Dr,
" ada orang kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali... yang buat jahat tue saya memang boleh kawal. Tapi pasal buat baik, selalu jea orang ambil kesempatan dengan ke baikkan kita"

Sentap dan terus beri perhatian untuk jawapan  dr Dr Muhaya...

"Bila kita buat baik untuk dapat penghargaan orang memang camtue, tapi kalau kita niatkan kerana Allah, insyaAllah, kita akan rasa tenang sahaja.. Allah akan balas balik perbuatan baik kita dengan pelbagai cara"

Ya, kita manusia biasa... Bukan mudah menerima bila kita berbuat kebaikkan namun dibalas kejahatan.. Bila kita bersungguh membantu kemudian ditikam dari belakang... Bila kita ikhlas melakukan sesuatu kemudian disalahertikan...
Pasti ada rasa kecewa yang hadir.. ada rasa sedih yang bersarang... Mengapa harus kebaikkan yang dilakukan dibalas begini.... Mengapa niat baik dipandang serong malah digunakan untuk menjatuhkan seseorang...
Lantaran itu, seringkali kta tersepit dalam melakukan kebaikkan.. Kerana kita khuatir kebaikkan itu hanya mengundang padah.. Kita terlupa bahawa kita hanyalah hambaNya.. Sedang ALLAH Maha Mengetahui disebalik setiap kejadian.,,,
Maka teruslah melakukan kebaikkan walau dibalas dengan kata nistaan.. Teruslah memburu pahala biarpun disisihkan mereka yang terlupa erti kehidupan...

nota:  Terima kasih Prof Dr Muhaya, anda mengingatkan saya bahawa hidup bukan untuk sesiapa tapi hidup ini hanya untuk ALLAH yang satu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan