Isnin, 1 Oktober 2012

Polis oh polis...

Assalammualaikum...

Hari ini saya terpanggil untuk membicarakan tentang isu ini. Bukan untuk menuduh mahupun menyalahkan sesiapa, saya hanya mahu kita memahami senario ini..
Saya bukan anti-polis malah saya kagumi mereka yang benar-benar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tangunggjawab, namun seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga, maka haruslah pihak atasan atau pihak yang berkaitan cuba mengkaji di mana kepincangan nya sehingga perkara ini berlaku.

Polis minta duit dari orang asing dengan ugutan akan memasukkan mereka dalam penjara. Dua kilang saya bekerja dan pekerja saya adalah bangsa asing, perkara ini berulang sama berlaku. Ini bukan retorik atau bohong tapi cerita yang seringkali saya dengar dari mereka. Kes terbaru apabila mereka mabuk, lalu polis yang datang meronda kawasan telah turun menampar mereka dan meminta rm50.... Maka di mana nilai integriti seorang polis itu yang mengangkat janji semasa pentauliahan mereka??? Maaf, saya bukan menyokong kebanjiran warga asing atau kejahatan warga asing. Saya tahu pihak polis telah bersusah payah menjaga keselamatan kami. Daripada kes jenayah kecil hingga sebesar-besar jenayah, pihak polis telah turun padang untuk menyelesaikan..... Namun seperti yang saya kata pada awal tadi, kerana segelintir anda yang melakukannya anda mengelirukan orang ramai dalam mempercayai anda.

Malah perkara yang lagi menyebabkan kepercayaan saya terhadap pihak polis semakin menipis bagaimana polis menyalahgunakan kuasa. Kisahnya begini, ada seorang telah di tahan di jalanan oleh polis secara tiba2. Lalu pihak polis telah berkasar dengannya maka terdapat hamba Allah yang turut berada di tempat kejadian, cuba membantu meleraikan. Lalu polis tersebut dengan angkuhnya berkata dia seorang polis dia mampu lakukan apa sahaja. Malah lebih menyakitkan apabila dia kata dia mampu menyumbat hamba ALLAh itu kedalam penjara dengan meletakkan dadah ke dalam beg hamba ALLAH itu....
sayangnya keangkuhan dia bertahan seketika cuma lantaran hamba ALLAH itu adalah anak kepada OCp lalu meminta nombor badan polis tersebut. Lalu polis tersebut hanya berlalu selepas itu...
Jika beginilah polis di negara kita, maka tak perlulah ramaikan lagi bilangan polis seperti ini. Ini hanya akan menghancurkan imej negara dan menggugat keselamatan rakyat sebenarnya...

Duhai polis,
Tulisanku ini bukan mengatakan kamu semua tidak bagus, tapi segelintir dari kamu yang terlupa akan akujanji dan sumpah setia yang diucapkan. Aku jua punya kawan, punya rakan, punya saudara yang menjawat jawatan ini. Aku jua perlukan kamu untuk kita sama-sama menjalani hidup dengan aman dan bahagia. Aku cuma ingin kamu menjalankan tugas dengan amanah dan penuh iltizam seperti mana angkat sumpah kamu. Jangan sekali kalian biarkan kesenangan yang sementara merenggut sifat amanah dan ikhlas yang ada pada kamu. Jangan sekali biarkan dirimu terikut oleh pujukan hawa nafsumu.....
Aku cuma ingin kalian yang tersasar kembali ke pangkal jalan. Demi nama ALLAH, pulanglah dan tunaikanlah tangungjawab kalian dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab...

Selamat bertugas Inspektor sHAhab~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan