Assalammualaikum...
Suara bingit di kawasan itu seolah tidak menganggu Humaira. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri. Fikirannya menerawang ke arah masalah yang semakin menjerat dirinya. Selama ini dia mampu menepis dan mengelak tapi bukan kegilaan seperti ini. Amaran dan peringatan dari keluarganya membuatkan Humaira buntu. Ini soal hati, soal perasaan, soal rasa... Humaira tidak tahu langkah yang seharusnya diambil...
" When I say, that girl is U, is U.. I love U.. I want U to be my wife? Did U love me?"
" Yes, as a friend. Listen Prem, I'm a Muslim.. We are different. Why U dont understand that?"
"Then, what the problem?"
"I never convert to Hindu. Then, can U convert to Muslim?"
"Can"
Jawapan itulah yang memeningkan Humaira. Antara dakwah atau ujian, Humaira keliru dalam mentafsir. Masih jelas kemarahan keluarganya saat diberitahu tentang keinginan Prem untuk mengahwininya. Mereka hanya membantah tanpa cuba mengenal pasti situasi dirinya. Humaira tersepit.
Terbayang akan kisah srikandi Islam yang berdakwah untuk menebarkan Islam.. Maka adakah aku mampu menjadi mereka. Menjadi sayap kiri seorang lelaki yang tidak pernah mengenali Islam dan mengenali Islam demi sebuah perkahwinan? Humaira keliru.
Menilik dan membelek dirinya yang masih tidak kuat dalam agama Islam, Humaira tertanya sendiri akan kemampuannya. 'ALLAH, aku ingin dia mencintaiMU dahulu sebelum mencintaiku maka bantulah aku dalam permasalahan ini, ALLAH, aku tidak mahu menjadi penyebab kebencian dia pada agamaMU namun tak pula aku mampu untuk menjadi pembimbingnya maka berilah aku petunjuk dalam permasalahan ini. ALLAH, aku ingin menyebar luas agamaMUkerana itu aku cuba berbuat baik dengan semua.. Aku cuba mengikut perintahMU... Aku cuba mengamal sunnah Rasul...
Alunan selawat dari hp mengejutkan Humaira dari menungan panjang. Waktu rehat telah tamat. Humaira mengatur langkah ke surau untuk menunaikan kewajipan. Moga diberi petunjuk dalam menyelesaikan kekalutan ini. Cintaku pada agamaku. Walau apa sekalipun, akan dipastikan biar apa jua melanda satu yang tak pernah berubah, kesaksian yang terucap selama ini moga sentiasa kekal di hati, dalam diri.. Tiada Tuhan selain ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. Sesungguhnya ini adalah ujian dan tarbiyah untuk Humaira semakin teguh dan yakin bahawa ALLAH Maha Esa, Maha Mengetahui...
Catatan kembara hidup
"Ingatlah milik ALLAH meliputi siapa yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi..."
Jumaat, 30 November 2012
Khamis, 4 Oktober 2012
Isnin, 1 Oktober 2012
Polis oh polis...
Assalammualaikum...
Hari ini saya terpanggil untuk membicarakan tentang isu ini. Bukan untuk menuduh mahupun menyalahkan sesiapa, saya hanya mahu kita memahami senario ini..
Saya bukan anti-polis malah saya kagumi mereka yang benar-benar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tangunggjawab, namun seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga, maka haruslah pihak atasan atau pihak yang berkaitan cuba mengkaji di mana kepincangan nya sehingga perkara ini berlaku.
Polis minta duit dari orang asing dengan ugutan akan memasukkan mereka dalam penjara. Dua kilang saya bekerja dan pekerja saya adalah bangsa asing, perkara ini berulang sama berlaku. Ini bukan retorik atau bohong tapi cerita yang seringkali saya dengar dari mereka. Kes terbaru apabila mereka mabuk, lalu polis yang datang meronda kawasan telah turun menampar mereka dan meminta rm50.... Maka di mana nilai integriti seorang polis itu yang mengangkat janji semasa pentauliahan mereka??? Maaf, saya bukan menyokong kebanjiran warga asing atau kejahatan warga asing. Saya tahu pihak polis telah bersusah payah menjaga keselamatan kami. Daripada kes jenayah kecil hingga sebesar-besar jenayah, pihak polis telah turun padang untuk menyelesaikan..... Namun seperti yang saya kata pada awal tadi, kerana segelintir anda yang melakukannya anda mengelirukan orang ramai dalam mempercayai anda.
Malah perkara yang lagi menyebabkan kepercayaan saya terhadap pihak polis semakin menipis bagaimana polis menyalahgunakan kuasa. Kisahnya begini, ada seorang telah di tahan di jalanan oleh polis secara tiba2. Lalu pihak polis telah berkasar dengannya maka terdapat hamba Allah yang turut berada di tempat kejadian, cuba membantu meleraikan. Lalu polis tersebut dengan angkuhnya berkata dia seorang polis dia mampu lakukan apa sahaja. Malah lebih menyakitkan apabila dia kata dia mampu menyumbat hamba ALLAh itu kedalam penjara dengan meletakkan dadah ke dalam beg hamba ALLAH itu....
sayangnya keangkuhan dia bertahan seketika cuma lantaran hamba ALLAH itu adalah anak kepada OCp lalu meminta nombor badan polis tersebut. Lalu polis tersebut hanya berlalu selepas itu...
Jika beginilah polis di negara kita, maka tak perlulah ramaikan lagi bilangan polis seperti ini. Ini hanya akan menghancurkan imej negara dan menggugat keselamatan rakyat sebenarnya...
Duhai polis,
Tulisanku ini bukan mengatakan kamu semua tidak bagus, tapi segelintir dari kamu yang terlupa akan akujanji dan sumpah setia yang diucapkan. Aku jua punya kawan, punya rakan, punya saudara yang menjawat jawatan ini. Aku jua perlukan kamu untuk kita sama-sama menjalani hidup dengan aman dan bahagia. Aku cuma ingin kamu menjalankan tugas dengan amanah dan penuh iltizam seperti mana angkat sumpah kamu. Jangan sekali kalian biarkan kesenangan yang sementara merenggut sifat amanah dan ikhlas yang ada pada kamu. Jangan sekali biarkan dirimu terikut oleh pujukan hawa nafsumu.....
Aku cuma ingin kalian yang tersasar kembali ke pangkal jalan. Demi nama ALLAH, pulanglah dan tunaikanlah tangungjawab kalian dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab...
Selamat bertugas Inspektor sHAhab~~~

Ahad, 30 September 2012
Buatmu mujahidah remaja
assalammualaikum...
Lewat alam maya ini, ku jelajahi satu persatu blog dan seringkali aku terjumpa tulisan, bingkisan dan mahupun coretan ilham dan rasa daripada mereka yang masih muda dariku. Lalu aku seringkali terkenang saat aku masih seperti kalian.
Saat dan ketika aku masih di medan juang mencari ilmu untuk bekalan hidup. Dan kini aku sedang menjalani amalinya setelah bertahun ku raih ilmu dengan izinNya..
Adik-adikku sayang,
Ketahuilah cabaran yang lebih besar menunggu kalian di hadapan untuk terus beristiqamah pada jalan dakwah. Akan ada saatnya kalian merasa lelah dan penat. Malah adakalanya kalian sendirian. Tetap teguhkanlah langkah kalian. Persekitaran baru yang kalian perlu harungi bukan lagi seperti di zaman belajar di mana kalian masih bisa memilih untuk teman- teman kalian.Persekitaran baru ini kalian akan bertemu pelbagai ragam dan karenah orang, maka pergunakanlah sebaiknya segala ilmu yang pernah kalian timba...
Bila hati goyah, ingatlah akan firman ALLAH,
Ya ALLAH, kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi dan cekalkan lah hati kami dalam berdepan dugaanMu... Kami hanya hamba yang lemah dan zalim terhadap diri sendiri..

..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah:214)
"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)
"..Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu." (Muhammad:31)
"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)
Adik-adikku dan sahabat sekalian,
Medan mujahadah ini perlukan kekuatan emosi melebihi kekuatan fizikal. Mlah aku sendiri masih bertatih menguatkan emosi berdepan dugaan dan cabaran. Adakala rasa sedih yang hadir menyebabkan aku terfikir betapa indahnya dunia pelajaran kerana setidak-tidaknya persekitaran kita masih selamat. Namun sampai bila kita harus berada di kepompong sendiri tanpa keluar kerana di situlah kita dapat menilai akan kemampuan diri...
Jangan takut untuk melangkah ke hadapan dengan bingkisan ku ini. Aku cuma mahu kalian tahu akan besarnya dugaan masa depan. Andai langkah kalian dipermudahkan, bersyukurlah kerana ALLAH menjaga kalian. Pada yang rasa sukar mahupun terbeban,
ingatlah Firman ALLAH:
"..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286
Adik-adikku sayang,
Akhir kata, moga kita dapat berdepan setiap dugaan yang ALLAH timpakan.. Moga kita dapat menjadi hamba yang terbaik kepadaNYA. Moga ALLAH sentiasa meneguhkan menetapkan hati kita hanya pada ALLAH yang satu...
.Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:153)
"..Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah:45)
"..Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:155)
"..Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran:200)
Ya ALLAH, kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi dan cekalkan lah hati kami dalam berdepan dugaanMu... Kami hanya hamba yang lemah dan zalim terhadap diri sendiri..
"..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar". (At-Taubah:129)
Jumaat, 28 September 2012
dilema persekitaran...
Assalammualaikum...
Hampir 2 tahun lebih saya berada di dunia pekerjaan, hanya satu yang pasti saya akui, persekitaran kerja memang tak seperti belajar.... Bukan mudah anda dapat mencerap masuk ke dalam industri yang mana akan bertemu dengan pelbagai orang dari beberapa peringkat umur, pendidikan, bangsa dan budaya....
Seriesly, saya akui sangat sukar bagi saya yang lembut hati, tak sampai hati dan selalu jadi mangsa buli..(ops, agk melampau itu... hehe.. just joking)
Kadangkala tertanya sendiri mengapa jadi begini? Susahkah bersatupadu?? susahkah saling mendokong?? atau sememangnya ingin berjaya harus mencantas orang lain??
Kadangkala jua terfikir untuk bekerja sendiri, tapi apa kemahiran yang dimiliki menyebabkan ku simpan jauh2 hasrat itu...
Sulit sangat sulit untuk menghadapi persekitaran ini... Paling sulit bila mereka suka bertopengkan diri di hadapanku...
Sulit juga mengawal lelaki yang tidak menghormati hak seorang wanita....
Sulit lagi mengawal hati dan emosi agar ampuh bertahan berdepan dugaan...
Wahai suami orang, please hormati saya sebagai seorang yang beragama Islam.. ada batasannya untuk semua... Sila ingat kembali pelajaran adab terhadap wanita.. bayangkan apa yang anda lakukan terhadap saya dilakukan oleh orang lain ke atas keluarga anda yang perempuan...
Sekian,
p/s: mungkin ini dugaan, bila suami oarang sentiasa kacaw saya.. Sungguh, saya tak menginginkan semua ini... Allah, bantulah hamba yang lemah dan berdosa ini dalam berhadapan ujianMu....
Ku yakin ada hikmahnya...

Langgan:
Catatan (Atom)