Assalammualaikum...
Suara bingit di kawasan itu seolah tidak menganggu Humaira. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri. Fikirannya menerawang ke arah masalah yang semakin menjerat dirinya. Selama ini dia mampu menepis dan mengelak tapi bukan kegilaan seperti ini. Amaran dan peringatan dari keluarganya membuatkan Humaira buntu. Ini soal hati, soal perasaan, soal rasa... Humaira tidak tahu langkah yang seharusnya diambil...
" When I say, that girl is U, is U.. I love U.. I want U to be my wife? Did U love me?"
" Yes, as a friend. Listen Prem, I'm a Muslim.. We are different. Why U dont understand that?"
"Then, what the problem?"
"I never convert to Hindu. Then, can U convert to Muslim?"
"Can"
Jawapan itulah yang memeningkan Humaira. Antara dakwah atau ujian, Humaira keliru dalam mentafsir. Masih jelas kemarahan keluarganya saat diberitahu tentang keinginan Prem untuk mengahwininya. Mereka hanya membantah tanpa cuba mengenal pasti situasi dirinya. Humaira tersepit.
Terbayang akan kisah srikandi Islam yang berdakwah untuk menebarkan Islam.. Maka adakah aku mampu menjadi mereka. Menjadi sayap kiri seorang lelaki yang tidak pernah mengenali Islam dan mengenali Islam demi sebuah perkahwinan? Humaira keliru.
Menilik dan membelek dirinya yang masih tidak kuat dalam agama Islam, Humaira tertanya sendiri akan kemampuannya. 'ALLAH, aku ingin dia mencintaiMU dahulu sebelum mencintaiku maka bantulah aku dalam permasalahan ini, ALLAH, aku tidak mahu menjadi penyebab kebencian dia pada agamaMU namun tak pula aku mampu untuk menjadi pembimbingnya maka berilah aku petunjuk dalam permasalahan ini. ALLAH, aku ingin menyebar luas agamaMUkerana itu aku cuba berbuat baik dengan semua.. Aku cuba mengikut perintahMU... Aku cuba mengamal sunnah Rasul...
Alunan selawat dari hp mengejutkan Humaira dari menungan panjang. Waktu rehat telah tamat. Humaira mengatur langkah ke surau untuk menunaikan kewajipan. Moga diberi petunjuk dalam menyelesaikan kekalutan ini. Cintaku pada agamaku. Walau apa sekalipun, akan dipastikan biar apa jua melanda satu yang tak pernah berubah, kesaksian yang terucap selama ini moga sentiasa kekal di hati, dalam diri.. Tiada Tuhan selain ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. Sesungguhnya ini adalah ujian dan tarbiyah untuk Humaira semakin teguh dan yakin bahawa ALLAH Maha Esa, Maha Mengetahui...
wah, menariknya cerpen di atas
BalasPadamanyway saya membalas kunjungan
done follow sini #9
terima kasih follow.. tp biasanya saya memnulis kat cahayanurlight.blogspot.com blog nie untuk buat cerita jea...teringin nak tulis buku....
BalasPadamhehe