Assalammualaikum...
Suara bingit di kawasan itu seolah tidak menganggu Humaira. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri. Fikirannya menerawang ke arah masalah yang semakin menjerat dirinya. Selama ini dia mampu menepis dan mengelak tapi bukan kegilaan seperti ini. Amaran dan peringatan dari keluarganya membuatkan Humaira buntu. Ini soal hati, soal perasaan, soal rasa... Humaira tidak tahu langkah yang seharusnya diambil...
" When I say, that girl is U, is U.. I love U.. I want U to be my wife? Did U love me?"
" Yes, as a friend. Listen Prem, I'm a Muslim.. We are different. Why U dont understand that?"
"Then, what the problem?"
"I never convert to Hindu. Then, can U convert to Muslim?"
"Can"
Jawapan itulah yang memeningkan Humaira. Antara dakwah atau ujian, Humaira keliru dalam mentafsir. Masih jelas kemarahan keluarganya saat diberitahu tentang keinginan Prem untuk mengahwininya. Mereka hanya membantah tanpa cuba mengenal pasti situasi dirinya. Humaira tersepit.
Terbayang akan kisah srikandi Islam yang berdakwah untuk menebarkan Islam.. Maka adakah aku mampu menjadi mereka. Menjadi sayap kiri seorang lelaki yang tidak pernah mengenali Islam dan mengenali Islam demi sebuah perkahwinan? Humaira keliru.
Menilik dan membelek dirinya yang masih tidak kuat dalam agama Islam, Humaira tertanya sendiri akan kemampuannya. 'ALLAH, aku ingin dia mencintaiMU dahulu sebelum mencintaiku maka bantulah aku dalam permasalahan ini, ALLAH, aku tidak mahu menjadi penyebab kebencian dia pada agamaMU namun tak pula aku mampu untuk menjadi pembimbingnya maka berilah aku petunjuk dalam permasalahan ini. ALLAH, aku ingin menyebar luas agamaMUkerana itu aku cuba berbuat baik dengan semua.. Aku cuba mengikut perintahMU... Aku cuba mengamal sunnah Rasul...
Alunan selawat dari hp mengejutkan Humaira dari menungan panjang. Waktu rehat telah tamat. Humaira mengatur langkah ke surau untuk menunaikan kewajipan. Moga diberi petunjuk dalam menyelesaikan kekalutan ini. Cintaku pada agamaku. Walau apa sekalipun, akan dipastikan biar apa jua melanda satu yang tak pernah berubah, kesaksian yang terucap selama ini moga sentiasa kekal di hati, dalam diri.. Tiada Tuhan selain ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. Sesungguhnya ini adalah ujian dan tarbiyah untuk Humaira semakin teguh dan yakin bahawa ALLAH Maha Esa, Maha Mengetahui...
"Ingatlah milik ALLAH meliputi siapa yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi..."
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Jumaat, 30 November 2012
Isnin, 12 April 2010
Episod 6
Sambungan episod lalu
“awak”
“????”
“awak xsuke kat saye ke??”
“perlu ke jawb soalan tue?”
“perlu.”
Intan mengeluh malas. Persoalan itu dibiar tidak berjawab. Bukan mudah menutur sayang. Sayang itu bukan hanya ungkapan namun sayang itu dari hati. Intan tidak mahu azman berharap sedangkan mereka baru sahaja berjumpa. Mungkin ada terselit sayang namunIntan tidak mahu mengungkapnya. Intan tidak mahu terburu sebelum segalanya pasti.
Sampai sahaja ke groundfloor, Intan terus mengatur langkah. Azman masih mengekorinya. Mereka berbual lagi sehingga hampir sampai ke booth Intan. Ketika sampai di rak-rak barang, intan perasan pekerja-pekerja disitu melihat mereka. Intan jadi malu. Intan tidak mahu mereka memikirkan yang bukan-bukan. Kemudian, azman menuju ke arah berlainan. Intan menuju ke booth dan mengambil begnya. Rakan-rakannya sudah menunggu untuk pulang. Melangkah keluar dari pasar raya, azman dan rakannya pula sedang menanti di pintu.
“hati-hati yea”
Dan Intan terus pulang. Di dalam perjalanan Intan disakat oleh kawan-kawannya serta Ketuanya. Intan pura-pura tidak mendengar dan menumpukan pada lagu yang berkumandang. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Ingin diluahkan segalanya tapi tidak tahu bagaimana.
Hanya dengan senyuman Intan membalas. Sudah letih untuk bersuara. Malam itu mereka pergi makan malam di tempat baru. Farisha dan aliya tidak henti-henti menggiat Intan bersama Azman. Malah, memberitahu En. Arif. Intan tidak menghalang jua tidak membalas. Dia tidak mahu memutuskan apa-apa. Walau intan akui, hatinya jua terusik namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tentang prinsip hidupnya. Tentang keluarga tentang masa depan dan sebagainya.
Azman, saya belum mengenali kamu. Saya tak mahu berharap kerana saya takut akan kecewa. Walau saya tertarik dengan response kamu yang setuju untuk bertemu dengan family saya, namun ikhlaskah hati kamu dalam menuturnya? Atau ia hanya sandiwara kamu. Sukar untuk menebak isi hati seseorang. Tuhan, tolong sama saya ya. Saya lemah dalam hal ini. Intan melayani perasaanya sendirian. Bagaimana kalau esok cerita indah hari ini berakhir. Intan tertidur dalam memikirkan hal ini.
Hari keempat. Hari ini Intan tiba lewat sedikit kerana perlu menyediakan bahan mentah di rumah En. Arif. Ketika Intan tiba, Azman sudah menanti di pintu. Menanyakan kelewatannya. Intan hanya membalas dengan senyuman. Tiada mood untuk memanjangkan perbualan. Intan terus menuju ke booth. Sampai di booth, Hazlin menerpanya dan memberitahu sesuatu yang menyebabkan Intan rasa tidak selesa.
“intan, aku tahu tentang rahsia peminat kau.”
“apa dia?”
“aku xleh cakap. Ko banje a aku mkn.”
“malaslah nak layan”
“mesti ko tkejut kalau taw”
“mane ko taw?
“tadi aku g sarapan dengan dia n Zul”
“cepatlah cakap”
“banje.. farisha dh taw”
“apa-apa a ko nie”
“dia x bg aku hebohkan la”
“tapi aku berhak tahu. Ko nk aku kne tipu ke?”
“hm…”
“nnt a kt sambung. Aku rs dia sedang memerhatikan kita”
Perbualan dihentikan kerana Intan tidak mahu Azman menyedari mereka sedang memperkata tentang dia. Farisha tiba seusai sahaja Intan menyediakan booth mereka.
“Intan, ko taw x azman dh kawen. Xtaw a betol ke x. tapi itu yang Hazlin cakap kat aku.”
Intan terkejut. Ada rasa sakit yang hadir pada dirinya. Terasa mahu menjerit dan menangis. Namun Intan harus bertahan. Harus kuat. ‘Ya Allah, ku tahu kerana kasih sayangMu Kau segera menunjukkan aku akan siapa dia. Tolong saya Ya Allah, saya rasa sakit’ Intan bersuara sendirian. Harapannya berkubur. Begitu cepat keindahan semalam berlalu.
Atas dasar profesionalisme, Intan tetap meneruskan kerja. Hatinya membengkak melihatkan Azman yang masih tetap memerhati setiap gerak-gerinya. Kali ini Intan cuba mengelak dari memandang Azman. Intan cuba sedaya-upaya mengawal dirinya agar tidak merisaukan Aliya dan farisha. Dia tidak mahu mereka membimbangkan dirinya.
Tengah hari itu, saat pengunjung tiada azman menghampiri booth mereka. Farisha dan Aliya hanya memerhatikan. Tiada lagi teguran dari mereka. Barangkali geram dengan Azman yang membuat Intan sebegitu.
“awk kenape ari nie?
“knape ape? Saya mcm biasa je”
“tak. Awk tak mcm biasa. Mcm ade Sesutu blaku”
“hm…”
“eh. Ade kuih baru”
“haah. Nk rase?”
“kuih lidah. Pelik jea name. ada yea? Dr lidah buaya ke?"
“oklah lh tue kuih lidah. Dr jd org, lidah bercabang... baik lagi name dia kuih lidah”
“awk knape nie?
“Knape ape?sy mcm biasa jea. Saya msih tgur awk. Sy senyum kat awk. Pe lg?”
Nada Intan hampir berubah. Sungguh Intan sangat sedih tika ini. Ingin dilepaskan pergi sayangnya bukan semudah berkata-kata
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Azman terus merenung Intan. Mengharap Intan menerangkan. Pada hakikatnya Intan tahu Azman sudah mengerti yang Intan sudan tahu status dirinya. Perbualan mereka berakhir apabila kedua-dua tidak mahu mengalah. Azman ingin Intan memberitahu sedangkan Intan ingin Azman yang menerangkan. Hari itu Azman tidak lagi menegurnya selepas perjumpaan itu. Namun Azman stia memerhatikannya. Intan keliru. Adakah dia sudah jatuh cinta terhadap Azman? Intan sendiri tidak pasti. Namun status Azman sekarang sudah cukup kuat unuk Intan kuat berperang dengan rasa sendiri. Intan perlu lepaskan Azman.
Malam itu saat Intan mengambil kad, Farisha menemankan. Farisha tidak mahu Azman menganggu lagi sedangkan Intan berharap dia mahu menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun Intan setuju untuk Farisha menemani kerana tidak mahu Farisha salah faham. Sampai di atas, Kak Rahmah dan Azman sedang duduk di situ. Intan tidak memandang ke arah Azman. Kak Rahmah menegur Intan seperti biasa. Cuba beramah mesra. Intan membalas seperti tiada apa. Nampaknya kak Rahmah tidak dapat menghidu keganjilan malam itu. Intan tidak berani menyelesaikan kes dengan kewujudan Farisha. Intan sangat mengenali Farisha.
Keeseokannya, intan dapati Azman tiada. Barangkali cuti. Sudahlah hari ini Intan memakai baju kurung. Intan pasti kawan-kawan Azman memerhatikannya. Intan jua sedar ada sesuatu yang Farisha dan Aliya perkatakan tentang dirinya. Pasti mereka bimbang tentang dirinya. Perasaan Intan semakin serabut. Intan mengerti mengapa mereka membimbangkannya. Segalanya menganggu fikiran Intan. ‘Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar .

Selasa, 12 Januari 2010
Episod 5
Hari ini merupakan hari pertama Intan outstation di Johor. Intan telah diarahkan oleh ketuanya untuk mempromosi produk mereka di sebuah pasar raya. Pagi itu, selesai sahaja dia meletakkan beg, pengurus jualandi situ, Che An telah menunjuk ajarnya bagaimana mengambil kad setiap hari. Kerana tidak mengetahui bahawa perlu menyerahkan kad pengenalan ataupun sebarang dokumen lain, Intan terpaksa turun semula. Pada waktu itu, seorang kakakyang menjaga tempat itu. Berdasarkan nama yang dipakai Intan mengetahui namanya Rahmah.
Kali kedua Intan naik, Che An sudah tiada untuk menemani. Intan memberi lesen dan diminta menulis nama di sebuah buku. Pada waktu itu, Intan mula perasan akan kehadiran seseorang lelaki yang turut berada di situ selain kak Rahmah. Namun, Intan tidak mengendahkannya lantaran memikirkan kerja yang akan dilakukan.
Pertama kali dalam hidup Intan menjadi promoter. Mujur ada Farisha dan Aliya bersama-sama untuk menerokai bidang baru yang tidak termasuk dalam kursus mereka selama ini. Mereka sama-sama menyusun barang dan mengemas booth mereka. Lalu memulakan tugasan mereka untuk memanggil pelanggan merasa produk. Kedudukan mereka yang betul-betul di pintu masuk memudahkan untuk meminta orang untuk pergi ke tempat mereka. Ketika ini, Intan dapat merasakan bagaimana perasaan promoter produk selama ini. Nampak mudah tapi sebenarnya menuntut 1001 pengorbanan. Perasaan malu harus dibuang ke tepi. Walau apa berlaku kena senyum. Ya, inilah kehidupan…
Awal Muharam yang baru memulakan lembaran baru nampaknya menyebabkan pasar raya ini menjadi tumpuan ramai untuk mencari bahan dapur. Barangkali jualan kembali ke sekolah memandangkan persekolahan bakal bermula menyebabkan ramai yang menuju ke pasar raya ini.
Hari kedua bertugas, kali ini pemuda yang dilihat semalam pula menjaga tempat itu. Seperti biasa Intan akan memerhatikan nama orang yang bertugas. Lalu, ketahuilah Intan bahawa nama lelaki itu Azman. Gaya Azman yang seolah tidak mahu memandang Intan dan Farisha menyebabkan Intan merasakan bahawa lelaki di hadapannya seorang yang sombong. ‘Kenapa pula mamat sorang nie nak bajet. Cam aku nak pikat dia.huh’ monolog hati Intan semasa menulis nama.
Dan rutin Intan pun berjalan. Hari ini mereka perlu memasak. Barang-barang telah disediakan di rumah En. Arif, orang yang menguruskan mereka sepanjang di Johor. Hari ini pengunjung agak ramai. Mungkin kerana hari ini hari sabtu. Pengunjung dari negara jiran jua bertambah. Sedang leka menjalankan tugas, Intan tiba-tiba menyedari kewujudan Azman di pintu masuk. Intan mengabaiknya. Dia tidak mengenali lelaki itu dan dia tak perlu tahu mengapa lelaki itu berada di situ. Namun, Intan dapat merasakan setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan. Walau Intan cuba beralih tempat, namun dia dapat merasakan mata itu terus memerhatikannya. Saat ini, Intan sudah mula merasakan ketidakselesaan. Intan tidak suka diperhatikan walau dia tahu kerja ini memerlukan dia membuang sifat malu. Tapi bila setiap gerak-geri diperhatikan, Intan jadi rimas. Ingin diluahkan pada Farisha mahupun Aliya, takut pula dia yang dikatakan perasan. Lantas Intan mendiamkan diri. Cuba memujuk diri dengan menganggap itu semua hanya mainan perasaannya biarpun jelas ternyata apabila Intan meninjau keadaan sekeliling, dia memang memandangnya. Malah, dia sangat berani untuk terus menatap wajah Intan biarpun mengetahui Intan sudah menyedari tindakannya.
Saat Intan sedang berada di booth keseorangan, Azman datang menghampiri. Sebelum sempat dia menyusun kata Farisha dan Aliya sudah muncul semula. Intan berlalu kebahagian belakang booth sebelum terdengar Azman menyebut namanya.
“siapa yang nama Intan… Intan mana , intan..”
“farisha mana… cepatlah, mana yang nama Intan nie”
Farisha dan Aliya agak teruja melihat Azman yang seolah ingin mendekati Intan. Barangkali kerana mengetahui status Intan yang masih keseorangan biarpun ramai teman yang sudah berpasangan. Bermula saat itu, Intan, farisha dan Aliya pun seolah menjadi kawan bersama Azman. Bagi Intan, kita masuk ketempat orang, kenalah pandai membawa diri. Dia melayani Azman macam biasa seperti mana dia melayan pekerja yang lain. Dia datang sini untuk bertugas bukan mencari pasangan. Azman pula semakin rajin datang ke booth mereka dan beramah mesra.Dan tanpa diduga, petang itu tatkala menyusun barang, Azman datang kembali ke tempat mereka.
“awak, saya balik dulu yea”
"perlu ke gtaw saya?"
"perlu. awak kan perlu tahu"
Intan terkesima. Nampaknya Azman sudah mula mengatur langkah cuba menjadi seseorang yang perlu Intan fikirkan. Mengingatkan bagaimana setiap gerak-gerinya diperhatikan dan layanan Azman, Intan tahu ada sesuatu yang perlu dia fikirkan. Sebagai perempuan lain, Intan tak mahu membohongi perasaan sendiri. Biarpun hatinya terusik namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Kepenatan bertugas seharian menyebabkan Intan terus mengabaikan.
Hari ketiga bertugas, Azman sudah tidak malu-malu lagi untuk datang ke booth mereka. Kadangkala saat dia mendekati Intan, ada pelanggan datang yang menyebabkan Intan memberhentikan saja perbualan lalu melayani pelanggan. Azman tetap berada di situ memerhati dan mendengar sahaja penerangan Intan terhadap produk. Bila sahaja pelanggan berlalu, dia kembali menyambung pertanyaan.
lama ke kat sini?”
“sampai 27hb jea”
“mana kawan lain?”
“rehat”
"awak tak rehat?”
“dah”
“jom lah kita makan sama”
“???wat pe?”
“date lah”
“Hmm…”
Mujur ada pelanggan datang waktu itu menyebabkan Azman berlalu pergi. Dia kembali ke tempat tugasnya.
“silalah rasa En.. Nak yang mana leh jea ambil”
Aliya sengaja bergurau kepada Azman yang datang ke booth mereka.
“saya nak Intan, boleh?”
Farisha dan Aliya gelak sambil melirik ke arah Intan yang seperti tidak mahu ambil port dalam perbualan mereka.
“haha.. boleh. Intan single lagi.”
“dia baik.”
‘dah mula dah, diorang curah minyak. Lantak koranglah. Malas nak layan’
Intan ke belakang untuk mengisi air.
“wat pe?”
“isi air. Awk nak ape?”
“nak awak.”
“Saya bkn brg awk leh nak sesuka ati.”
“cam tue, bg a no phone”
“wat pe?”
“nak kenal awaklah”
“nnt2lah, lme lg sy kat sinie..27 hb ke..”
“ok, 28hb sy datang umah awak yea melamar.”
Farisha dan Aliya semakin giat mengusik Intan mendengar kata-kata Azman. Malam itu, tatkala Intan ingin mengambil kad tugasannya, didapati kadnya tiada. Kak Rahmah dan azman yang menjaga tempat itu pada waktu itu.
“eh, kak.. mana saya punya kad? Kenape dua jea?”
“mana akak taw, mmg cme ada 2 jea.”
“mn leh kak, sy pulangkan 3, mn leh dpt dua. Nie kwn2 saya punya.”
“btol, wat pe akak nk amik kad awak. Nie awak tgk nie.. takde pun kad awk kat sini”
“kak, saya tahu ada. Janganlah memain kak. Saya nak balik nie.”
Intan sudah kehabisan idea. Kak Rahmah mengambil kembali kad farisha dan Aliya.
“yang nie dh ade yang punya?”
"belum”
“yang ni?
“semua belum..kak, kad saya mane? Cepatlah kak, sy nak blik nie. Sy blum mkn lagi.”
“yang nie plak?” tetiba azman bersuara sambil mengeluarkan lessen Intan dari poket bajunya.
Intan yang tgh blur lagi masih menjawab tidak sebelum menyedari itulah lesennya. Tatkala dia minta, no phone diminta sebagai balasan. Malah Kak Rahmah sangat beria untuk membantu. Meminta Intan mengalah sahaja dan meberi no phone kepada Azman.
Intan-kan dah kate 27 hb.
Azman—lambat sangat.
Kak Rahmah—apa yang 27 hb?
Azman—Dia bagi saya no phone. Nnt 28hb sy dtg bw emak saya untuk melamar dia.
Kak Rahmah—ye ke.. cepatlah bagi Intan. Kalau x, awk balik jealah. Esk jea awk datang amek.
Azman—betul tue, lessen nie pun lessen l. dah mati pulak tue.
Intan—memang a dh mati. Sengaja bg yang tue. Cepatlah, bg blik. Awk nak wat pe ngn lessen saya.?
Azman—nak simpanlah. Nak tgk muka awk. Kita tukarlah. Awk ambil kad saya.
Kak Rahmah hanye gelak mendengar ayat Azman seolah merestui perbuatan Azman. Setelah puas mencuba namun masih Azman jua tak mahu memberikan intan segera berlalu meninggalkan kaunter itu bersama 2 kad kawannya. Azman mengejarnya dan mereka berada dalam lif berdua untuk turun.
Di dalam lif
“ merajuk yea?”
Intan bisu tanpa jawapan. Malas melayani lelaki ini takut dia tersalah haluan.Lesennya disuakan padanya. Intan mengambilnya. Terasa pula lif bergerak lambat sedangkan Azman terus memerhatinya menimbulkan ketidakselesaan kat Intan.
“nie kenape pandang saya je?”
“suka. Suke tengok awak”
Ya Allah, tolong sama saya. Andai ini salah satu dugaanMu, moga saya tak tersalah haluan. Lindungi saya wahai Yang Maha Mengetahui. Saya tidak mahu terjebak dengan mainan hati dan perasaan.. saya tidak mahu menghanyutkan diri dalam dunia khayalan..
"awak...
to be continued................

Isnin, 2 November 2009
Episod 4
Hari ini Intan pulang ke kampung. Panggilan semalam memaksa dia untuk pulang. Ya, khabar dari kampung itu agak mengejutkan. Rupa-rupanya masih ada jurang pemisah walau sedarah daging. " Ya ALLAH, tolong sama saya. Satukanlah hati-hati kami dalam memikul beban dakwahMu"
Keadaan dalam bas pula sangat sejuk. Rasanya baju t-shirt yang dipakai tak mampu menahan kesejukan. Lelaki disebelah Intan seakan memahami masalah Intan lalu menghulurkan sweaternya. Intan tergamam. Sungguh, dia keliru untuk mengambil atau membiarkan. Lalu, dengan berat hati dia mengambil demi menjaga hati lelaki itu.
"sejuk ke?"
"ha?..hurm.. "
"nah.."
"eh, leh ke?"
"gunalah.."
Intan merenung dahulu sweater campuran warna pink + ungu di hadapannya. Dalam hati masih terasa bersalah. Inilah masalahnya. Mulut gatal cakap nak.. Intan melihat dari ekot matanya ke arah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sedang melayan lagu melalui handphone. Dalam ketidakrelaan, Intan memakai sweater itu. Cuma menyarung sekadar tangan dan badan. Hatinya penuh ragu. Dia berdoa supaya destinasinya hampir tiba. Tatkala melihat sahaja signboard Batu Pahat, Intan segera membuka sweater dan memulangkannya. Hakikatnya, mereka berhenti di tempat yang sama.
Turun dari bas, Intan tidak lagi memandang ke belakang, langkah diarah menuju ke bas menuju ke bandar U. Dia terasa bagaikan lelaki itu sedang ketawa melihatnya yang gelabah hanya sehelai sweater...
Aduhai sweater...
Sabtu, 17 Oktober 2009
Episod 3
Imbas kembali..
Malam itu, Intan sedang bejalan kaki pulang ke kolej tika pandangan matanya melihat pasangan muda yang sedang memadu kasih. Pada mulanya Intan tidak mengendahkan gelagat yang sememangnya sudah menjadi satu amalan pasangan yang bercinta. Namun langkahnya terhenti, jantungnya berdegup pantas, ada rasa sedih menerpa bila Intan mula sedar siapa gerangan pasangan itu. Pasangan itu cukup dikenali. Hatinya merintih sedih melihat insan yang dahulu gah dengan segala sifat terpuji kini hanyut dalam dunia fantasi sendiri.
"Ya, Allah, kembalikan mujahid itu ke jalanMu. Moga Kau tetap memberi kami, hamba-hambaMu yang lemah ini hidayah dan InayahMu. Ampunilah keterlanjuran kami dalam perbuatan dan kehidupan kami, dalam berlebih-lebih kami dalam urusan kami"
Hati Intan berdoa bersama rasa hiba yang menggunung.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
"Hei!! Awak tak nampak jalan ke? Nak melintas tengoklah kiri kanan. Kalau nak mati pun, bukan jadikan aku pembunuh!"
Keras suara pemandu kereta itu memarahi Intan yang terkhayal seketika. Fazreen segera menarik Intan ke tepi.
"Intan, apasal berangan kat tengah jalan tadi. Nasib baik tak kena langgar. Kena maki jer."
Intan hanya tersenyum pahit.
Mereka meneruskan langkah menuju ke kafetaria yang tidak pernah sunyi dari pelanggan.
"Air limau ais satu, bungkus. Ikat tepi ye."
Pekerja gerai itu hanya mendengar tanpa berkata apa. Fazreen menuju ke tempat Intan sedang duduk. Terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali oleh fazreen sedang berbual-buak dengan Intan. Kehadiran Fazreen menyebabkan lelaki itu pergi.
"Siapa?"
"Pakwe."
"Ha??Yang selama nie letak mana.?"
"Spare-part"
Mereka terus berlawan kata sehingga tiba-tiba pandangan Intan terhenti. Firuz sedang berjalan menuju ke gerai mereka. Intan hanya menoleh sekilas sebelum melayani Fazreen. Dia sedar Hazi masih mencurigainya. Perempuan terlalu sulit untuk difahami. Ya, intan perlu akui itu. Kerana dia adalah kenangan masa silam Firuz. Jadi mengapa tidak Hazi meragui dirinya.
"Intan, dengar tak nie? Asyik berangan je. Penat dah aku bercerita, kau tak bg response pun."
"Erk???"
Intan tersengih sahaja. Gara-gara kamulah Firuz. Lihat saya sudah kena marah. Nampaknya masih ada sayang di hati Intan. Biar luka hatinya tak mampu ditebak oleh mereka yang hanya tahu menghukum.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Ahad, 4 Oktober 2009
Episod 2
Intan sedang menikmati makanan yang ditempahnya. Namun suapannya yang lambat dan sesekali menjengah keluar menimbulkan tanda tanya kepada Wani.
"Hang nie dari tadi dok usha luar, awatnye? Hang ada janji ka dengan mapley?"
"Isk, mana ada. Aku tengok luar nk tengok hujan turun tak. Basah baju aku jemur nanti."
"Cik Intan sayang oii, matahari terik cenggini pun hang nak check hujan atau tak, erm nampak sangat lah hang nie dok berangan.."
Intan hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia terus menikmati makanan tanpa menghiraukan kata-kata Wani.
'Di atas nama cinta, pada yang selayaknya ku nafikan yang fana, rela aku pendamkan, impian yang tersimpan...'
Lagu atas nama cinta berkumandang di handphonenya. Intan menoleh sekilas ke arah nama pemanggil dan membiarkan sahaja handphonenye menyanyi. Wani membuat kening tanda tanya dengan sikap Intan.
"Hang nie sebenarnya ada janji dengan orang kn? Hang tak usahlah berlakon dengan aku.Aku kenal sangat hang nie"
Intan masih meneruskan suapannya. Wani mengambil handphone Intan dan melihat nama pemanggil tadi. Intan membiarkan.
"Hang nak jumpa mamat nie ka? Sejak bila hang wat lagu nie? Hang tak abaq kat aku na.."
Nada Wani sudah bertukar irama. Nampaknya Intan perlu menjelaskan sesuatu sebelum kena tinggal sendiri di Food Court.
"Mana ada. aku tak jumpa dia lagi a sayang. Nie aku depan hang kan. Mana da cek jumpa dia. Dahlah, nanti pas makan aku citer. Toksahlah tarik muka empatbelas hang tue. Cepat habiskan makan tue"
Wani mencebik Intan namun segera menyambung suapannya.
Selepas membayar bil, mereka segera keluar dari Restoran Sri Alam itu.
Di muka pintu mereka hampir-hampir berlanggar dengan seorang pemuda yang agak tergesa-gesa masuk ke dalam restoran tersebut.
Intan memandang wani dan sebaliknya sebelum bahu diangkat dan langkah kaki diteruskan.
"Gaya dah smart, tapi kelam kabut. Nie mesti ada janji dengan awek. Tue sebab kita yang besar nie dia tak nampak"
"Kita yang besar nie??"
Intan tergelak mendengar ayat Wani dan segera menjauhkan diri dari wani sebelum ketam batu hinggap di pinggangnya.
Mereka segera menuju ke kereta.

Sabtu, 3 Oktober 2009
Episod 1
Jam di dinding berkali-kali dipandang. Ilham semakin gelisah. Saat begini terasa ingin sahaja dia mempercepatkan putaran waktu. Dia risau sekiranya dia terlewat dia akan kehilangan gadis itu. Ini peluang pertama dia bertemunya. Setelah berkali-kali dia meminta ingin bertemu empat mata dengan gadis itu namun ada sahaja alasan dia mengelak. Umpama jinak-jinak merpati, dihampiri dia lari. Kali ini, gadis itu menerima. Ilham sendiri terkejut pelawaan kali ini diterima. Entah apa muslihat Intan setuju keluar dengannya. Apa pun sebabnya Ilham tidak peduli. Dirinya sudah tidak sabar bertemu.tepat jam 5 petang, Ilham segera melangkah keluar dari biliknya.
"Encik Ilham, maaf Datuk kata nak jumpa tuan Ilham sekarang. Ada hal penting katanya." Suara Su personal assistantnya menjengah ke telinga saat dia menutup daun pintu. Terasa bagaikan ingin sahaja dia berpura-pura tidak mendengar namun hakikatnya Su sudah berdiri di sebelahnya.
"ya, Encik Ilham, kenapa macam terkejar ni? Datuk dah tunggu kat dalam bilik."
"Su, sekarang ke? You know what, i have important meeting. Why you don't say that to Datuk."
"????, but in my schedule, you are free now Ilham. Is I miss anything?"
Ilham hanya mampu menepuk dahinya seraya menuju ke bilik datuk. Nampaknya, peluang kali ini musnah. Adakah peluang kedua untuknya. Ya Allah, jadikan aku redha. Ilham berdoa dalam hati sebelum mengetuk pintu Datuk Sabqi.

Langgan:
Catatan (Atom)